Welcome

.: Uhayyikum Ayyuhal Ikhwah Wal-Akhowat Al-A'izza' Bitahiyyatil-Islam Tahiyyatan Toyyibatan Min 'Indillah :.
.:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:.
.:Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Ila Hazas-Sofhah (^_^):.

Saturday 4 June 2011

Jangan Jadi Lalang!!!! (^_^)


Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt
Kita bukan sahaja boleh belajar daripada sesuatu yang baik tetapi kita juga bolleh belajar daripada sesuatu yang buruk.. Jika tidak, tidak timbullah kata bijak pandai -Yang Baik Jadikan Teladan, Yang buruk jadikan sempadan. Maksudnya jangan diikuti.. jangan dicontohi. Itulah agaknya hikmah Allah ciptakan sesuatu yang buruk, agar kita boleh belajar dan mengambil iktibar... Jangan jadi sepertinya!

Wahai sahabat.. wahai diriku.. Mari kita belajar dari lalang. lalang tumbuh di mana-mana sahaja dan selalunya ia dianggap musuh pada tanaman. Jika lalang tumbuh, tanaman terbantut untuk tumbuh dan tumbuhan lain juga sukar untuk subur dan boleh mati begitu sahaja dek kerana lalang yang tumbuh menjalar..... Jika halaman rumah ditumbuhi lalang, kebersihan rumah itu terjejas. Pendek kata, lalang ialah musuh kepada penghasilan, kebersihan dan keindahan...

Wahai sahabat.. wahai diriku... jangan jadi seperti lalang, berada atau hadirnya kita di dalam kelas.. rumah.. tempat kerja atau di dimana sahaja jangan sampai menyusahkan orang lain. Tingkah laku dan akhlak kita jangan samapai mencemarkan keindahan atau keharmonian orang lain... Biarlah tutur kata kita bersopan dan lemah lembut, pasti ramai yang tertarik. JIka sebaliknya, akan ramai yang benci dan menjauh. Jangan jadi lalang, ke mana dan di mana jua orang tidak suka...

Ingat selalu kata hukama: Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan pula menjadi lalat yang membusukkannya. Pandai-pandailah kita mencari jalan dan cara untuk berbakti dan berkhidmat untuk orang lain dan persekitaran kita. Jangan tunggu perbuatan, perkara atau hal yang besar-besar-cukup sekadar yang kecil-kecil dahulu. Misalnya, dengan menabur senyuman, menyebarkan salam atau sekadar bersangka baik. InsyaAllah, kita tidak akan dianggap "LALANG" dalam kehidupan ini.

Seperkara lagi yang boleh kita pelajari dan jadikan sempadan daripada lalang ialah ia tidak punya "pendirian" yang kukuh dan tetap. Arah mana dituip angin, kesitulah ia condong. Bila arah tiupan angin berubah, arah kecondongannya juga berubah. ketegarannya sangat lemah. Duhai sahabat.. duhai diriku.. Kita jangan jadi begitu.. Kita mesti ada pendirian yang teguh dan tetap. SEkiranya kita benar dan betul, jangan berdolak dalik lagi... Tetapkan pendirian walaupun ada ujian dan cabaran melanda.

Sekiranya, semua sahabat kita malas untuk belajar, kita jangan terpengaruh untuk bersama malas. Sekiranya sahabat2 kita melewat-lewatkan solat.. usah diteladani sifat buruk itu.. Tetaplah pendirian!! Terus belajar.. Istiqomah dalam beribadah...^^ Jangan jadi seperti lalang.. tiada pendirian. Kebenaran bukan terletak pada mejoriti, tetapi beranilah melawan arus. Jangan takut untuk 'melawan angin' jika kita 'ditiup' ke arah yang salah. Jangan jadi seperti lalang.. sebaliknya jadilah seperti karang di lautan.. walau dilanda badai dan taufan, ia tetap tidak terusik dan terus tetap pendirian... Ingat.. LALANG..jangan jadi sepertinya.... !!!! ^_^

artikel asal, klik sini: http://ammarwajidah.blogspot.com/2011/06/jangan-jadi-lalang.html

No comments:

Post a Comment