Welcome

.: Uhayyikum Ayyuhal Ikhwah Wal-Akhowat Al-A'izza' Bitahiyyatil-Islam Tahiyyatan Toyyibatan Min 'Indillah :.
.:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:.
.:Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Ila Hazas-Sofhah (^_^):.

Sunday, 1 April 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setelah lebih kurang 4 tahun.
Terpanggil untuk menggerakkan medium dakwah ini.

Lantaran kewajipan menyeru
Kepada Allah.

Semoga Allah menguatkan
Dan mengukuhkan pendirian
Atas jalan perjuangan ini.

Wallahu a'lam.

Thursday, 6 February 2014

Pengakap Jempol NS: Pengenalan

Pengakap Jempol NS: Pengenalan: Salam Hormat Salam Pengakap Salam 1 Malaysia Diharapkan penerbitan laman sesawang ini dapat membantu semua pengakap kanak-kanak di daera...

Pengakap Jempol NS: Rekod Peribadi

Pengakap Jempol NS: Rekod Peribadi: Nama Pengakap:.................................................................................................................................

Pengakap Jempol NS: Pendahuluan

Pengakap Jempol NS: Pendahuluan: Pengakap Kanak-kanak adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila ia memasuki pergerakan pengakap.  Bahagian ini hanya satu ba...

Pengakap Jempol NS: Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak (PKK)

Pengakap Jempol NS: Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak (PKK): Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. ...

Pengakap Jempol NS: 1. Lencana Keahlian

Pengakap Jempol NS: 1. Lencana Keahlian: Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan ...

Pengakap Jempol NS: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Dunia

Pengakap Jempol NS: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Dunia: 1.  LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA 1.  LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Lambang Pengakap Malaysia Terdapat 3 kelopak pada lambang y...

Pengakap Jempol NS: 2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap

Pengakap Jempol NS: 2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap: 2.  PERSETIAAN PENGAKAP PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya...

Selamat Datang Tahun 2014 (^_^)

Walaupun sudah bulan Februari, 5 haribulan,
saya kira masih boleh lagi saya ucapkan selamat datang ke tahun 2014.

tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu,
akan membawa seribu satu rintangan, cabaran, dan dugaan.

persoalannya masih sama,
setahun demi setahun,
adakah kita mendekati Syurga atau Neraka?

adakah kita menambah pahala mengurangkan dosa?
atau kita menternak dosa, menyuburkan dosa, memangkas pahala?

kematian itu pasti,
dan kita tidak tahu bila.

janganlah disia-siakan hela nafas dan degup jantung,
dengan melakukan maksiat terhadap-Nya.

kita hidup susah untuk mati senang.
dunia kita susah-payah, supaya akhirat kita senang-lenang.

Robbana aatina fid-dun-ya hasanah.
Wafil-akhiroti hasanah.
Waqina 'adzabannar...

Monday, 25 February 2013

Pilihanraya Umum 2013: Peranan Manusia, Melayu, Muslim, Mukmin?

Siapakah saya?
Saya adalah manusia.

Apakah bangsa saya?
Saya berbangsa Melayu.

Apakah agama saya?
Saya seorang Muslim.

Adakah saya hanya sekadar Islam?
Mudah-mudahan di sisi Allah, saya seorang Mukmin.

Pilihanraya Umum ke 13 Negara Malaysia, apakah peranan saya?
Peranan-peranan saya banyak, antaranya:

1) Memastikan saya boleh mengundi pada hari tersebut.
2) Sedaya-upaya mendapatkan maklumat tentang calon yang akan diundi.
3) Memastikan ahli keluarga, sanak-saudara, dan sahabat haidai tak kurng juga masyarakat sekeliling untuk melakukan perkara pertama dan kedua.
4) Sentiasa melazimkan doa kepada Alah supaya PRU13 ini akan berjalan dengan lancar tanpa kezaliman, penipuan atau penindazan, tidak kira daripada pihak mana sekalipun.

Google+ Followers