Welcome

.: Uhayyikum Ayyuhal Ikhwah Wal-Akhowat Al-A'izza' Bitahiyyatil-Islam Tahiyyatan Toyyibatan Min 'Indillah :.
.:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:.
.:Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Ila Hazas-Sofhah (^_^):.

Tuesday 20 December 2011

Hukuman Ke Atas Pelaku Zina


“Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah masing-masing daripada kedua-duanya, seratus kali dan janganlah rasa belas kasihan kepada kedua-duanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang yang beriman.” ( an-Nur: 2)

Perkahwinan Pelaku Zina

“Penzina lelaki tidak boleh bernikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang mukmin.” ( an-Nur: 3)

Kesaksian Zina

“Dan orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang fasik.” (an-Nur: 4)

Thursday 24 November 2011

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Haq vs Bathil

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Haq vs Bathil: Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat ...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Rahsia Pemilihan Semenanjung 'Arab Sebagai Tapak P...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Rahsia Pemilihan Semenanjung 'Arab Sebagai Tapak P...: Terdapat beberapa rahsia mengapa Semenanjung 'Arab dipilih sebagai tapak pancaran Islam, bukannya di Parsi atau Rome mahupun India dan Cina....

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Dan Para Anbiya' Sebel...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Dan Para Anbiya' Sebel...: Ijma’ umat Islam sebulat suara telah bersetuju bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada umat ...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Iman Sang Semut

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Iman Sang Semut: Di zaman Nabi Allah Sulaiman telah berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu ; la...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Lakaran Hidup Rasulullah S.A.W....Anda Tahu??

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Lakaran Hidup Rasulullah S.A.W....Anda Tahu??: Kita mungkin sangat mengenali tentang ahli keluarga kita. Kita mungkin sangat mengenali tentang kekasih hati kita. Namun, kita kurang me...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Kisah Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi & Tetamunya

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Kisah Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi & Tetamunya: Hajjaj Bin Yusuf at-Thaqafi adalah seorang pemimpin kerajaan Umaiyah yang terkenal dengan kezaliman lagi kejam dan banyak membunuh ulama'-ul...

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Skrip Yang Sama, Pelakonnya Yang Berbeza

-Berdakwahlah Dalam Ertikata Yang Luas-: Skrip Yang Sama, Pelakonnya Yang Berbeza: Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat?... Alangkah besarnya kemurkan Allah bahawa kam...

~.: Asal Usul Bahasa Melayu :.~

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.    Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2.    Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3.    Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4.    Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu
1.    Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
2.    Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
3.    Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
4.    Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
5.    Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
6.    Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
7.    Keturunannya orang Melayu di Malaysia
8.    Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
9.    Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
10. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
11. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
12. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
13. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
-       Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
-       Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
• Bahasa Melayu Kuno,
• Bahasa Melayu Klasik dan
• Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

1.    Merupakan keluarga bahasa Nusantara.
2.    Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
3.    Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
4.    Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
5.    Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

1.    Pengaruh agama Hindu.
2.    Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
3.    Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
4.    Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
5.    Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

1.    Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
2.    Susunan ayat bersifat Melayu.
3.    Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).
4.    bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).
5.    Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas).
6.    Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat).
7.    Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta).
8.    Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1.    Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
2.    Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

1.    Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
• ditulis dalam huruf India
• mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
• bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

2.    Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
• masih memakai abjad India
• buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.

3.    batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
• ditulis dalam tulisan Jawi
• membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

a.    Zaman kerajaan Melaka
b.    Zaman kerajaab Acheh
c.    Zaman kerajaan Johor-Riau.

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

1.    ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

2.    banyak ayat pasif.

3.    menggunakan bahasa istana.

4.    kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).

5.    banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

6.    ayat songsang

7.    banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

1.    Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

2.    Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

3.    Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

4.    Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

5.    Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Monday 11 July 2011

~ .: Perkongsian Kuliah Maghrib Di Masjid Gugusan Felda Serting Hilir :. ~

BismiLLAHirRAHMANirRAHIM...

Hari ini di masjid Gugusan Felda Serting Hilir...

Kuliah Maghrib membincangkan hadis-hadis berkisar tentang jiran.

Bermula dgn pemilihan jiran.
Ianya mesti dilakukan sebelum kita pilih tempat nk didiami.
Begitu dianjurkan oleh Islam.

Kenape?

Di masa akan datang, kalau jadi masalah dengan jiran, yang sukar diselesaikan, pilihan yang mudah dan cepat lagi berkesan ialah pindah.
Namun, di zaman serba RM nih, kan susah. So, pilih jiran. ^_^


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[Ar-Rahman : 13]

~ .: Perkongsian Kuliah Maghrib Di Masjid Gugusan Felda Serting Hilir :. ~

Bismillah...
dlm muqaddimah kuliah maghrib td

antara yg menarik disebutkan oleh ustaz Md Nor...yg dpt membahagiakan manusia ni hanyalah apabila ia mempunyai tempat untuk bergantung yang sebenar... yang hakiki.kerana segala keresahan, baik diketahui, mahupun tidak diketahui,telah disandarkan kpd DIA yg Maha berkuasa. ^_^

seorg kanak2, akan menangis apabila dirasakn tempat pergantungannya iaitu ibu, bapa atau penjaganya, tiada dlm pandangannya.

seorg hamba akan resah, gelisah, takut dan bimbang, apabila segala2nya disandarkan pada kudrat dirinya yg pastinya terhad dan tidak seberapa. ^_^

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahman: 13)

Wednesday 29 June 2011

~ .: WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA :. ~

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tuesday 28 June 2011

~ .: Di Celah-Celah Kesibukan :. ~

Bismillah...

Lame beno dah tak ku'update' blog nih.

masih gagal mendisiplinkan diri dalam fokus dan bersungguh dengan apa yang telah dimulakan...

Ya Allah, lemahnya aku.


Banyak cerita-cerita yang menarik nak kukongsi, tapi dah basi dah...

nak ingat pon malas... malas pulak dah... aduhai...


Ntah berape ramai dah, kawan, rakan-taulan, kenalan, teman, sahabat-handai, saudara-mara, yang mendirikan rumah tangga dalam musim cuti yang lepas, dan selepas seminggu musim cuti...

maklumlah, pelajar-pelajar IPT tengah menternak diri mereka di rumah skang ni...

himpun daya untuk mengharungi semester panjang nanti...


Saya macam biase, meneruskan rutin harian yang same sejak 21 Mac 2011,

iaitu ke sekolah dan mengajar...

menulis Rancangan Pengajaran Harian...

Tasmik pelajar...

Balik... huhu


Kemaskini status...

Bujang trang tang tang... haha

Rezki Allah Belaka bak kata Pensyarah saya, dinukilkan dari sahabatnya... ^_^


Indahnya Hidup bersyariat...

Friday 10 June 2011

~ .: Selayang Pandang :. ~ (^^,)

Bismillah...

badan masih lagi terasa letih...
sakit-sakit lagi sendi...

sebanyak mana saya mahu kesakitan ini hilang,
lebih lagi kemahuan saya untuk ianya kekal...

kerana ukhwah yang terbina
sukar dicari...

hampir mustahil untuk dinikmati buat kali kedua...

terime kasih sahabat-sahabat,
ustaz-ustaz...
ustazah-ustazah...

sentiasa memandang jauh ke depan...
terlihat kelibat rakan-rakan
suatu masa akan datang
akan menerajui bidang j-QAF

dengan paradigma baru
pembawaan baru
kesan yang lebih mendalam
lebih selari dengan syariah Islam...

hari selasa, sekadar taklimat dan pendaftaran...
pasang khemah, dan salam perkenalan bersama kem komandan...
berbicara tentang ciri-ciri guru idaman...

rabu, kami bersenam aerobik...
berjati diri (LDK), kemudian memanjat bukit kluang...
pulang petang ke maktab dengan pakaian penuh lumpur...
jati diri (LDK) lagi...

khamis, kami beraktiviti di air,
pantai bukit kluang,
keyakinan diri, terapung di air...
persembahan malam kebudayaan...

jumaat, senamrobik...
resolusi BIG...
penutup...

sekarang...
sebuah hotel di kerteh..
melelapkan mata.
esok akan ke jempol meletakkan barang...
kemudian jerantut...

Ya Allah,
ingatkan aku kerana pastinya aku terlupa...
mudahkan urusan aku kerna pasti ianya amat payah...
tenangkan hatiku kerna Engkau mengetahui bahawa ianya amat gundah...

Monday 6 June 2011

~ .: Pesanan Untuk Orang Cantik :. ~


alt

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.


Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.


Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

~ .: Hentikan Masa, Lihat :. ~

BismiLLAHirRahmanirRahim...

syukur ke hadrat Allah, Tuhan Maha Pemurah dan Penyayang...
atas segala kurnia dan rezeki...
kepada hamba-hambaNya yang sering alpa

memanjatkan kesyukuran...
mengenang setiap pemberian
yang tidak sedikit.

berjalan di setiap urat nadi
menjadi darah daging...
buat tenaga memulakan kehidupan seawal jaga dari lena...
buat kita bangun meninggalkan bantal berkait
yang mengikat kepala supaya teruskan lena dibuai mimpi...

badanku sudah berat
jam biologi sudah berubah
perlu diatur semula
wajib diubah masa bangunnya lebih awal...

agar aku diberi kekuatan
berdialog bersamaNya
di saat yang lain leka dibuai mimpi
ketika yang lain juga bersama denganNya
dengan sebab yang tersendiri
bersama hajat tersimpan di hati...

hari ini hari yang baru
entah ada hari esok entahkan tidak
perjalanan bermula lagi...
masih tercari-cari kemana takdir ini akan membawaku...

Ya Allah...
Aku ini lemah, KAU kuatkanlah...
Aku ini alpa, KAU ingatkanlah...
Aku ini berdosa, KAU ampunkanlah...
Aku ini dalam kesesatan, KAU tunjukkanlah kekuatan...
Aku ini dalam kerugian, KAU tariklah aku ke jalan keuntungan...

Ya Allah,
wahai tuhan yang Maha Menentukan tempat jatuhnya daun
ketika mana ia jatuh...
iringilah setiap langkah hambaMu ini
moga aku selamat sampai ke empat tujuan..
dengan rahmat dan rahimMu...

ameen Ya Robb... ^_^

~ .: Coretan Sebelum Memejamkan Mata :. ~

bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Ilahi...
Tuhan Yang Maha Mengasihi...
Atas segala kurnia dan nikmat...
Yang tak kunjung habis...

Seawal 9 pagi bertolak dari rumah,
meninggalkan ibu dan ayah tercinta
bersama 6 cucu kesayangan mereka
menuju ke Kampus Sultan Mizan, Terengganu...

jam 11.20 am
smpai di kemaman
rumah seorang sahabat, ust zul...
dijamu pulut kuning lebih majlis aqiqah
rehatkan badan sebentar mendengar perkongsian ust zul
sempat beliau mencandat sotong di laut dalam...

11.40 am, bergerak semula menuju ke besut...
melalui kuala berang, ajil, setiu...
singgah makan di pantai penarik
terpikat dengan pemandangan indah pantai penarik...
udang 12 ekor dengan harga 10 ringgit cukup menyelerakan...

kira-kira 4 pm bergerak semula menuju maktab...
4.30 tiba dengan selamat di maktab setelah mengisi minyak
di petronas kg.raja...

tak larat sangat...
rebahkan badan sehingga ke senja...
bangun mandi dan solat maghrib...

kelas pulak 8.30 pm...
alhamdulillah, pensyarah yang cukup pandai menarik perhatian kami
dengan loghat kelantan 'pekat'nye...

10.30 selesai kelas...
keluar maktab mencari nasi...
nasi goreng cendawan menjadi pilihan...
bersama nescafe panas...

hmm...
dah balik, pedih pulak mata...
sempurnalah hari ini...
alhamdulillah...
pencarian masih diteruskan....

Ya Allah, permudahkanlah... ^_^

Sunday 5 June 2011

~ Kembali Ke Sultan Mizan ~





BismiLLAHirRahmanirRahim...


Alhamdulillah, Was-syukru LiLLAH... (^_^)


Pagi yang agak kalut... huhu
ada lagi baju yang tak dicuci...
bawak balik saje-saje je...


pagi ni baru nak cuci...
gantung dalam kereta...
adui, leka sungguh...


8.30 pagi, insyaAllah bergerak ke kemaman...
ambik sorang sahabat...
then gerak terus ke Besut, Terengganu...
Moga lancarlah perjalanan...


kepada Kak Dayah, kawan kepada sorang kenalan saya,
tahniah atas kelahiran baby baru... ^_^
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kelahiran...
Moga diberkati ibu, bapa, dan juga si comel suci bersih itu...
bak kain putih yg putih sebenar-benar putih...


perjalanan mencari teman hidup masih diteruskan...
Moga Allah temukan... ^_^
Ameen Ya Robb...



Saturday 4 June 2011

~ Indahnya Cinta Kerana Allah ~



CINTA itu adalah ketika timbul perasaan 'aneh' di sekujur tubuhmu baik ketika dikau 'melihat'nya, 'mendengar'nya, ataupun ketika dikau merasakan 'kehadiran'nya di dekatnya. 

Adakalanya dikau selalu ingin 'dekat' dengannya, namun yakinlah, bahawa JARAK yang jauh terkadang justeru mampu MENDEKATkan hati kalian. Dan juga sebaliknya, DEKAT tanpa ikatan pernikahan seringkali MERENGGANGkan hati kalian.

CINTA itu tumbuh secara tak TERDUGA. Terkadang dikau berfikir bahawa dikau LEBIH BAIK mencintai orang tersebut.

Namun ketika HATImu menolaknya dirimu tak akan mampu berbuat apa-apa. Biarlah perlahan-lahan hatimu, bersama dengan MASA yang akan 'menghapus'nya dari fikiranmu.Namun ketika HATImu membenarkan dirimu justeru akan dibuat kebingungan kerananya. Dirimu lantas akan berfikir berulangkali sebelum dirimu benar-benar YAKIN bahawa dialah cintamu yg 'sebenar'nya.

CINTA kerana Allah adalah ketika dirimu MENGERTI, bkn hanya kelebihan dari orang itu yang dirimu lihat, namun juga MEMAHAMI & MENERIMA kekurangan-kekurangan yang dimilikinya.

Sungguh pun dirimu baru boleh mengatakan bahawa "aku mencintainya" setelah dirimu benar-benar mengenalinya dgn sebenar-benarnya, yaitu (baik dan buruknya).

CINTA kerana Allah itu tidak akan pernah sebatas pada PENAMPILAN & KECANTIKAN.

Adakalanya dirimu akan lebih MENCINTAI sebongkah arang hitam daripada sebutir 'intan' yang berkilauan. Kerana sesungguhnya dirimu sedar bahawa dirimu MEMERLUKAN sebuah 'kehangatan' yang mampu mengusir rasa dingin dari jiwamu. Lebih daripada sekadar KEINDAHAN yang ternyata membuatmu BEKU kedinginan.

CINTA kerana Allah itu TIDAK akan tumbuh dari kecantikan seseorang.

Namun KECANTIKAN seseorang lantas akan tampak ketika dirimu mencintainya. Adalah bagaimana dirimu blh mencintainya kerana AKHLAK & AGAMAnya, bukan pada RUPA, HARTA, ataupun NASABnya. kerana dengan inilah dirimu blh menepis kefakiran, kehinaan, ketidak bahagiaaan, dan kemudian menggantinya dengan KEMULIAAN yang diredhai oleh Allah Subhanallau Wa Ta'ala.

CINTA kerana Allah bukanlah tentang bagaimana kalian saling MEMANDANG, namun bagaimana tentang kalian MELIHAT ke ARAH yang sama, dan BERJALAN ke arah yang sama.

Kalian sedar bahawa kalian tidak akan mampu menghadapi perjalanan tersebut SENDIRIAN melainkan dirimu PERLU seseorang untuk berjalan disisimu, yang saling membantu, saling meringankan & saling mengarahkan dalam perjalanan menggapai Redha-Nya.

CINTA kerana Allah akan membuatmu merasa tidak perlu MEMILIKI meskipun dalam hatimu, dirimu sangat INGINkan...

Adalah bagaimana dirimu blh IKHLAS ketika dia ternyata LEBIH MENCINTAI orang lain bahkan dirimu pun blh berdoa agar mereka sentiasa BAHAGIA.

CINTA kerana Allah tidak akan menggiringmu pada jurang KEMAKSIATAN.

Ketika dirimu melihat dia & mencintainya, hal itu akan membuatmu semakin berbenah diri, dirimu menjadi MAMPU melihat kekurangan-kekurangan dirimu untuk terus memperbaikinya.

CINTA kerana Allah tidak akan membuatmu berfikir sempit, lantas dirimu akan berfkir lebih JAUH ke hadapan, lebih matang, lebih dewasa & ke arah yang lebih serius.

Dirimu tidak akan berfikir & membayangkan apabila kalian sudah pacaran/berkasihan, namun dirimu sudah berfikir ke arah pernikahan. Kerana dirimu sedar bahawa ia jauh lebih KUKUH, SUCI, BERERTI & BERMAKNA di hadapan Allah.

CINTA kerana Allah terkadang tak tumbuh dengan sendirinya.

Kita seperti layaknya diberi biji untuk ditanam. Lalu ia bergantung bagaimana kita merawatnya. Jika kita baik, maka baik pulalah perasaan itu, dan juga sebaliknya. Terkadang pula blh jadi ia tumbuh dengan sendirinya. Ada ketika dimana dirimu terkadang ingin MEMBUNUH sahaja perasaan tersebut namun entah mengapa dirimu tak berdaya. Kerana sebenarnya bukanlah kita yang MENUMBUHKAN perasaan cinta tersebut, namun Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lah yang berkehendak atas segala perasaan itu.

CINTA kerana Allah tidaklah selalu memerlukan beragam kesamaan diantara kalian.

Namun yang terpenting adalah kesamaan PRINSIP & TUJUAN, iaitu menggapai REDHA Allah Subhanallahu Wa Ta'ala. Dalam dirimu,dirimu sendiri ingin agar dirimu merasa LAYAK untuk mencintai & dicintai olehnya.

CINTA akan menumbuhkan sikap ADIL dalam cinta yang membawa hidup sihat & seimbang (tawazun) dan bukan menjadi sumber penyakit sebagaimana Ibnul Qayyim sampaikan bahawa "Cinta bagi roh sama dengan fungsi makanan bagi tubuh.

Jika engkau meninggalkannya tentu akan membahayakan dirimu dan jika engkau terlalu banyak menyantapnya serta tidak seimbang tentu akan membinasakanmu".

Kelazatan hidup inilah yang dilukiskan dalam hadis tentang KELAZATAN IMAN:

Ada tiga perkara yang siapa pun memilikinya nescaya akan merasakan kelazatan iman; "Barangsiapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari lainnya, barangsiapa yang mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan siapa yang benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.”~ {HR. Bukhari dan Muslim}


artikel asal, klik sini: http://ammarwajidah.blogspot.com/2011/05/indahnya-cinta-kerana-allah-swt.html