Welcome

.: Uhayyikum Ayyuhal Ikhwah Wal-Akhowat Al-A'izza' Bitahiyyatil-Islam Tahiyyatan Toyyibatan Min 'Indillah :.
.:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:.
.:Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Ila Hazas-Sofhah (^_^):.

Wednesday 29 June 2011

~ .: WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA :. ~

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tuesday 28 June 2011

~ .: Di Celah-Celah Kesibukan :. ~

Bismillah...

Lame beno dah tak ku'update' blog nih.

masih gagal mendisiplinkan diri dalam fokus dan bersungguh dengan apa yang telah dimulakan...

Ya Allah, lemahnya aku.


Banyak cerita-cerita yang menarik nak kukongsi, tapi dah basi dah...

nak ingat pon malas... malas pulak dah... aduhai...


Ntah berape ramai dah, kawan, rakan-taulan, kenalan, teman, sahabat-handai, saudara-mara, yang mendirikan rumah tangga dalam musim cuti yang lepas, dan selepas seminggu musim cuti...

maklumlah, pelajar-pelajar IPT tengah menternak diri mereka di rumah skang ni...

himpun daya untuk mengharungi semester panjang nanti...


Saya macam biase, meneruskan rutin harian yang same sejak 21 Mac 2011,

iaitu ke sekolah dan mengajar...

menulis Rancangan Pengajaran Harian...

Tasmik pelajar...

Balik... huhu


Kemaskini status...

Bujang trang tang tang... haha

Rezki Allah Belaka bak kata Pensyarah saya, dinukilkan dari sahabatnya... ^_^


Indahnya Hidup bersyariat...

Friday 10 June 2011

~ .: Selayang Pandang :. ~ (^^,)

Bismillah...

badan masih lagi terasa letih...
sakit-sakit lagi sendi...

sebanyak mana saya mahu kesakitan ini hilang,
lebih lagi kemahuan saya untuk ianya kekal...

kerana ukhwah yang terbina
sukar dicari...

hampir mustahil untuk dinikmati buat kali kedua...

terime kasih sahabat-sahabat,
ustaz-ustaz...
ustazah-ustazah...

sentiasa memandang jauh ke depan...
terlihat kelibat rakan-rakan
suatu masa akan datang
akan menerajui bidang j-QAF

dengan paradigma baru
pembawaan baru
kesan yang lebih mendalam
lebih selari dengan syariah Islam...

hari selasa, sekadar taklimat dan pendaftaran...
pasang khemah, dan salam perkenalan bersama kem komandan...
berbicara tentang ciri-ciri guru idaman...

rabu, kami bersenam aerobik...
berjati diri (LDK), kemudian memanjat bukit kluang...
pulang petang ke maktab dengan pakaian penuh lumpur...
jati diri (LDK) lagi...

khamis, kami beraktiviti di air,
pantai bukit kluang,
keyakinan diri, terapung di air...
persembahan malam kebudayaan...

jumaat, senamrobik...
resolusi BIG...
penutup...

sekarang...
sebuah hotel di kerteh..
melelapkan mata.
esok akan ke jempol meletakkan barang...
kemudian jerantut...

Ya Allah,
ingatkan aku kerana pastinya aku terlupa...
mudahkan urusan aku kerna pasti ianya amat payah...
tenangkan hatiku kerna Engkau mengetahui bahawa ianya amat gundah...

Monday 6 June 2011

~ .: Pesanan Untuk Orang Cantik :. ~


alt

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.


Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.


Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

~ .: Hentikan Masa, Lihat :. ~

BismiLLAHirRahmanirRahim...

syukur ke hadrat Allah, Tuhan Maha Pemurah dan Penyayang...
atas segala kurnia dan rezeki...
kepada hamba-hambaNya yang sering alpa

memanjatkan kesyukuran...
mengenang setiap pemberian
yang tidak sedikit.

berjalan di setiap urat nadi
menjadi darah daging...
buat tenaga memulakan kehidupan seawal jaga dari lena...
buat kita bangun meninggalkan bantal berkait
yang mengikat kepala supaya teruskan lena dibuai mimpi...

badanku sudah berat
jam biologi sudah berubah
perlu diatur semula
wajib diubah masa bangunnya lebih awal...

agar aku diberi kekuatan
berdialog bersamaNya
di saat yang lain leka dibuai mimpi
ketika yang lain juga bersama denganNya
dengan sebab yang tersendiri
bersama hajat tersimpan di hati...

hari ini hari yang baru
entah ada hari esok entahkan tidak
perjalanan bermula lagi...
masih tercari-cari kemana takdir ini akan membawaku...

Ya Allah...
Aku ini lemah, KAU kuatkanlah...
Aku ini alpa, KAU ingatkanlah...
Aku ini berdosa, KAU ampunkanlah...
Aku ini dalam kesesatan, KAU tunjukkanlah kekuatan...
Aku ini dalam kerugian, KAU tariklah aku ke jalan keuntungan...

Ya Allah,
wahai tuhan yang Maha Menentukan tempat jatuhnya daun
ketika mana ia jatuh...
iringilah setiap langkah hambaMu ini
moga aku selamat sampai ke empat tujuan..
dengan rahmat dan rahimMu...

ameen Ya Robb... ^_^

~ .: Coretan Sebelum Memejamkan Mata :. ~

bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Ilahi...
Tuhan Yang Maha Mengasihi...
Atas segala kurnia dan nikmat...
Yang tak kunjung habis...

Seawal 9 pagi bertolak dari rumah,
meninggalkan ibu dan ayah tercinta
bersama 6 cucu kesayangan mereka
menuju ke Kampus Sultan Mizan, Terengganu...

jam 11.20 am
smpai di kemaman
rumah seorang sahabat, ust zul...
dijamu pulut kuning lebih majlis aqiqah
rehatkan badan sebentar mendengar perkongsian ust zul
sempat beliau mencandat sotong di laut dalam...

11.40 am, bergerak semula menuju ke besut...
melalui kuala berang, ajil, setiu...
singgah makan di pantai penarik
terpikat dengan pemandangan indah pantai penarik...
udang 12 ekor dengan harga 10 ringgit cukup menyelerakan...

kira-kira 4 pm bergerak semula menuju maktab...
4.30 tiba dengan selamat di maktab setelah mengisi minyak
di petronas kg.raja...

tak larat sangat...
rebahkan badan sehingga ke senja...
bangun mandi dan solat maghrib...

kelas pulak 8.30 pm...
alhamdulillah, pensyarah yang cukup pandai menarik perhatian kami
dengan loghat kelantan 'pekat'nye...

10.30 selesai kelas...
keluar maktab mencari nasi...
nasi goreng cendawan menjadi pilihan...
bersama nescafe panas...

hmm...
dah balik, pedih pulak mata...
sempurnalah hari ini...
alhamdulillah...
pencarian masih diteruskan....

Ya Allah, permudahkanlah... ^_^

Sunday 5 June 2011

~ Kembali Ke Sultan Mizan ~





BismiLLAHirRahmanirRahim...


Alhamdulillah, Was-syukru LiLLAH... (^_^)


Pagi yang agak kalut... huhu
ada lagi baju yang tak dicuci...
bawak balik saje-saje je...


pagi ni baru nak cuci...
gantung dalam kereta...
adui, leka sungguh...


8.30 pagi, insyaAllah bergerak ke kemaman...
ambik sorang sahabat...
then gerak terus ke Besut, Terengganu...
Moga lancarlah perjalanan...


kepada Kak Dayah, kawan kepada sorang kenalan saya,
tahniah atas kelahiran baby baru... ^_^
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kelahiran...
Moga diberkati ibu, bapa, dan juga si comel suci bersih itu...
bak kain putih yg putih sebenar-benar putih...


perjalanan mencari teman hidup masih diteruskan...
Moga Allah temukan... ^_^
Ameen Ya Robb...



Saturday 4 June 2011

~ Indahnya Cinta Kerana Allah ~



CINTA itu adalah ketika timbul perasaan 'aneh' di sekujur tubuhmu baik ketika dikau 'melihat'nya, 'mendengar'nya, ataupun ketika dikau merasakan 'kehadiran'nya di dekatnya. 

Adakalanya dikau selalu ingin 'dekat' dengannya, namun yakinlah, bahawa JARAK yang jauh terkadang justeru mampu MENDEKATkan hati kalian. Dan juga sebaliknya, DEKAT tanpa ikatan pernikahan seringkali MERENGGANGkan hati kalian.

CINTA itu tumbuh secara tak TERDUGA. Terkadang dikau berfikir bahawa dikau LEBIH BAIK mencintai orang tersebut.

Namun ketika HATImu menolaknya dirimu tak akan mampu berbuat apa-apa. Biarlah perlahan-lahan hatimu, bersama dengan MASA yang akan 'menghapus'nya dari fikiranmu.Namun ketika HATImu membenarkan dirimu justeru akan dibuat kebingungan kerananya. Dirimu lantas akan berfikir berulangkali sebelum dirimu benar-benar YAKIN bahawa dialah cintamu yg 'sebenar'nya.

CINTA kerana Allah adalah ketika dirimu MENGERTI, bkn hanya kelebihan dari orang itu yang dirimu lihat, namun juga MEMAHAMI & MENERIMA kekurangan-kekurangan yang dimilikinya.

Sungguh pun dirimu baru boleh mengatakan bahawa "aku mencintainya" setelah dirimu benar-benar mengenalinya dgn sebenar-benarnya, yaitu (baik dan buruknya).

CINTA kerana Allah itu tidak akan pernah sebatas pada PENAMPILAN & KECANTIKAN.

Adakalanya dirimu akan lebih MENCINTAI sebongkah arang hitam daripada sebutir 'intan' yang berkilauan. Kerana sesungguhnya dirimu sedar bahawa dirimu MEMERLUKAN sebuah 'kehangatan' yang mampu mengusir rasa dingin dari jiwamu. Lebih daripada sekadar KEINDAHAN yang ternyata membuatmu BEKU kedinginan.

CINTA kerana Allah itu TIDAK akan tumbuh dari kecantikan seseorang.

Namun KECANTIKAN seseorang lantas akan tampak ketika dirimu mencintainya. Adalah bagaimana dirimu blh mencintainya kerana AKHLAK & AGAMAnya, bukan pada RUPA, HARTA, ataupun NASABnya. kerana dengan inilah dirimu blh menepis kefakiran, kehinaan, ketidak bahagiaaan, dan kemudian menggantinya dengan KEMULIAAN yang diredhai oleh Allah Subhanallau Wa Ta'ala.

CINTA kerana Allah bukanlah tentang bagaimana kalian saling MEMANDANG, namun bagaimana tentang kalian MELIHAT ke ARAH yang sama, dan BERJALAN ke arah yang sama.

Kalian sedar bahawa kalian tidak akan mampu menghadapi perjalanan tersebut SENDIRIAN melainkan dirimu PERLU seseorang untuk berjalan disisimu, yang saling membantu, saling meringankan & saling mengarahkan dalam perjalanan menggapai Redha-Nya.

CINTA kerana Allah akan membuatmu merasa tidak perlu MEMILIKI meskipun dalam hatimu, dirimu sangat INGINkan...

Adalah bagaimana dirimu blh IKHLAS ketika dia ternyata LEBIH MENCINTAI orang lain bahkan dirimu pun blh berdoa agar mereka sentiasa BAHAGIA.

CINTA kerana Allah tidak akan menggiringmu pada jurang KEMAKSIATAN.

Ketika dirimu melihat dia & mencintainya, hal itu akan membuatmu semakin berbenah diri, dirimu menjadi MAMPU melihat kekurangan-kekurangan dirimu untuk terus memperbaikinya.

CINTA kerana Allah tidak akan membuatmu berfikir sempit, lantas dirimu akan berfkir lebih JAUH ke hadapan, lebih matang, lebih dewasa & ke arah yang lebih serius.

Dirimu tidak akan berfikir & membayangkan apabila kalian sudah pacaran/berkasihan, namun dirimu sudah berfikir ke arah pernikahan. Kerana dirimu sedar bahawa ia jauh lebih KUKUH, SUCI, BERERTI & BERMAKNA di hadapan Allah.

CINTA kerana Allah terkadang tak tumbuh dengan sendirinya.

Kita seperti layaknya diberi biji untuk ditanam. Lalu ia bergantung bagaimana kita merawatnya. Jika kita baik, maka baik pulalah perasaan itu, dan juga sebaliknya. Terkadang pula blh jadi ia tumbuh dengan sendirinya. Ada ketika dimana dirimu terkadang ingin MEMBUNUH sahaja perasaan tersebut namun entah mengapa dirimu tak berdaya. Kerana sebenarnya bukanlah kita yang MENUMBUHKAN perasaan cinta tersebut, namun Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lah yang berkehendak atas segala perasaan itu.

CINTA kerana Allah tidaklah selalu memerlukan beragam kesamaan diantara kalian.

Namun yang terpenting adalah kesamaan PRINSIP & TUJUAN, iaitu menggapai REDHA Allah Subhanallahu Wa Ta'ala. Dalam dirimu,dirimu sendiri ingin agar dirimu merasa LAYAK untuk mencintai & dicintai olehnya.

CINTA akan menumbuhkan sikap ADIL dalam cinta yang membawa hidup sihat & seimbang (tawazun) dan bukan menjadi sumber penyakit sebagaimana Ibnul Qayyim sampaikan bahawa "Cinta bagi roh sama dengan fungsi makanan bagi tubuh.

Jika engkau meninggalkannya tentu akan membahayakan dirimu dan jika engkau terlalu banyak menyantapnya serta tidak seimbang tentu akan membinasakanmu".

Kelazatan hidup inilah yang dilukiskan dalam hadis tentang KELAZATAN IMAN:

Ada tiga perkara yang siapa pun memilikinya nescaya akan merasakan kelazatan iman; "Barangsiapa yang Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari lainnya, barangsiapa yang mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan siapa yang benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.”~ {HR. Bukhari dan Muslim}


artikel asal, klik sini: http://ammarwajidah.blogspot.com/2011/05/indahnya-cinta-kerana-allah-swt.html

Jangan Jadi Lalang!!!! (^_^)


Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt
Kita bukan sahaja boleh belajar daripada sesuatu yang baik tetapi kita juga bolleh belajar daripada sesuatu yang buruk.. Jika tidak, tidak timbullah kata bijak pandai -Yang Baik Jadikan Teladan, Yang buruk jadikan sempadan. Maksudnya jangan diikuti.. jangan dicontohi. Itulah agaknya hikmah Allah ciptakan sesuatu yang buruk, agar kita boleh belajar dan mengambil iktibar... Jangan jadi sepertinya!

Wahai sahabat.. wahai diriku.. Mari kita belajar dari lalang. lalang tumbuh di mana-mana sahaja dan selalunya ia dianggap musuh pada tanaman. Jika lalang tumbuh, tanaman terbantut untuk tumbuh dan tumbuhan lain juga sukar untuk subur dan boleh mati begitu sahaja dek kerana lalang yang tumbuh menjalar..... Jika halaman rumah ditumbuhi lalang, kebersihan rumah itu terjejas. Pendek kata, lalang ialah musuh kepada penghasilan, kebersihan dan keindahan...

Wahai sahabat.. wahai diriku... jangan jadi seperti lalang, berada atau hadirnya kita di dalam kelas.. rumah.. tempat kerja atau di dimana sahaja jangan sampai menyusahkan orang lain. Tingkah laku dan akhlak kita jangan samapai mencemarkan keindahan atau keharmonian orang lain... Biarlah tutur kata kita bersopan dan lemah lembut, pasti ramai yang tertarik. JIka sebaliknya, akan ramai yang benci dan menjauh. Jangan jadi lalang, ke mana dan di mana jua orang tidak suka...

Ingat selalu kata hukama: Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan pula menjadi lalat yang membusukkannya. Pandai-pandailah kita mencari jalan dan cara untuk berbakti dan berkhidmat untuk orang lain dan persekitaran kita. Jangan tunggu perbuatan, perkara atau hal yang besar-besar-cukup sekadar yang kecil-kecil dahulu. Misalnya, dengan menabur senyuman, menyebarkan salam atau sekadar bersangka baik. InsyaAllah, kita tidak akan dianggap "LALANG" dalam kehidupan ini.

Seperkara lagi yang boleh kita pelajari dan jadikan sempadan daripada lalang ialah ia tidak punya "pendirian" yang kukuh dan tetap. Arah mana dituip angin, kesitulah ia condong. Bila arah tiupan angin berubah, arah kecondongannya juga berubah. ketegarannya sangat lemah. Duhai sahabat.. duhai diriku.. Kita jangan jadi begitu.. Kita mesti ada pendirian yang teguh dan tetap. SEkiranya kita benar dan betul, jangan berdolak dalik lagi... Tetapkan pendirian walaupun ada ujian dan cabaran melanda.

Sekiranya, semua sahabat kita malas untuk belajar, kita jangan terpengaruh untuk bersama malas. Sekiranya sahabat2 kita melewat-lewatkan solat.. usah diteladani sifat buruk itu.. Tetaplah pendirian!! Terus belajar.. Istiqomah dalam beribadah...^^ Jangan jadi seperti lalang.. tiada pendirian. Kebenaran bukan terletak pada mejoriti, tetapi beranilah melawan arus. Jangan takut untuk 'melawan angin' jika kita 'ditiup' ke arah yang salah. Jangan jadi seperti lalang.. sebaliknya jadilah seperti karang di lautan.. walau dilanda badai dan taufan, ia tetap tidak terusik dan terus tetap pendirian... Ingat.. LALANG..jangan jadi sepertinya.... !!!! ^_^

artikel asal, klik sini: http://ammarwajidah.blogspot.com/2011/06/jangan-jadi-lalang.html

~ Bicara Tentang Jodoh ~



Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

- Artikel iluvislam.com

disalin daripada : http://www.facebook.com/notes/%D9%86%D9%88%D8%B1-%D8%B9%D9%8A%D9%86%D9%86%D9%8A/bicara-tentang-jodoh/232345066781366