Welcome

.: Uhayyikum Ayyuhal Ikhwah Wal-Akhowat Al-A'izza' Bitahiyyatil-Islam Tahiyyatan Toyyibatan Min 'Indillah :.
.:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:.
.:Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Ila Hazas-Sofhah (^_^):.

Tuesday 1 March 2011

10 wasiat Imam Al-Ghazali


  1. Dunia ini laksana api yang aka membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya. Kerana itu gunakanlah api pada malam hari sahaja,yang bererti jadikanlah tempat untuk mencari tapak syurga.
  1. Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak. 
  1. Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain. 
  1. Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.
  1. Berjuanglah dijalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti. 
  1. Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar berolaeh teman semasa perbicaraan di mahkamah. 
  1. Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah s.w.t kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu. 
  1. Sebelu tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi. 
  1. MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah. 
  1. Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Allah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.

No comments:

Post a Comment